Langkau ke kandungan utama
a

INSKEN BANGKIT : Program Bimbingan Pensijilan Halal – Selangor

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
17 Jul 2026 08:00:AM - 19 Jul 2026 06:00:PM
DAFTAR



DENGAN KERJASAMA: KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH

Program ini membantu usahawan sektor makanan dan minuman memahami serta memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia

melalui latihan dan bimbingan praktikal bagi penyediaan dokumen, sistem dan proses pensijilan halal

 

INDUSTRI
Pensijilan Halal

TEMPAT
Selangor

YURAN
PERCUMA

 

APA YANG ANDA DAPAT?

  • Bengkel intensif Halal Awareness Training (HAT) bersama BisKaunselor selama 3 hari 2 malam secara fizikal
    • Penerangan terkini mengenai konsep halal, perundangan & autoriti halal Malaysia
  • Coaching One-On-One bersama BisKaunselor selama 4 bulan (2 kali Fizikal + 2 kali Online)
    • Bimbingan eksklusif bersama biskaunselor INSKEN yang juga merupakan usahawan yang berjaya!

 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  • Membimbing usahawan merancang, melaksanakan & mengekalkan pensijilan halal dalam perniagaan
  • Membimbing usahawan memperoleh pensijilan halal JAKIM serta mengaplikasikan amalan Halalan Toyyiban dalam operasi perniagaan

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada usahawan / syarikat MSME yang menghasilkan atau mengeluarkan produk dalam kategori – makanan, minuman, premis makanan dan pengilangan kontrak.

 

SYARAT PROGRAM

  • Perniagaan dalam sektor makanan & minuman atau produk halal
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah (SSM atau badan berkanun berkaitan)
  • Mempunyai premis perniagaan atau premis pemprosesan
  • Premis berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken-new.iconcept-staging.com


Semasa menyertai program di INSKEN, ia banyak memberikan input bagi meningkatkan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi. Coach juga memberikan ilmu menguruskan tunai dengan betul untuk membantu meningkatkan hasil jualan.

 

Noormawati binti Kamarudin

Peserta Program Bimbingan INSKEN

Watie Bakery House | Selangor

 

Saya belajar dari coach mengenai pengurusan bisnes dengan lebih teratur dan dapat mengenal brand dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengetahui hala tuju syarikat, visi dan misi dengan lebih jelas. Pencapaian saya adalah berjaya memperkenalkan brand Boss Cadar kepada orang ramai dengan cara yang di ajar.  

 

Abu Bakar bin Mahamad Dom

Peserta Program Bimbingan INSKEN

AJ Livehome Empire | Negeri Sembilan


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
17 Jul 2026 08:00:AM - 19 Jul 2026 06:00:PM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?