Langkau ke kandungan utama
a

INSKEN Masterclass Marketing: AI untuk Pemasaran dan Asas Kewangan – Pulau Pinang

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2026 08:00:AM
DAFTAR

blankPelajari cara menggunakan AI untuk membina poster yang lebih menarik, berkualiti dan sesuai digunakan terus untuk promosi perniagaan

 

LEVEL
Masterclass

TEMPAT
Pulau Pinang

PENDAFTARAN PERCUMA
Sijil Penyertaan Disediakan

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Mengenal pasti produk berpotensi dan memahami trend pasaran menggunakan AI.
  • Mengenal pasti ciri produk serta keperluan pelanggan dengan bantuan AI.
  • Membina nilai unik produk (USP), jenama dan pembungkusan yang lebih menarik.
  • Menghasilkan gambar serta kandungan pemasaran dengan lebih pantas menggunakan AI.
  • Merancang strategi jualan dan memilih platform digital yang sesuai untuk meningkatkan jualan.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Sesuai untuk usahawan yang ingin memanfaatkan AI bagi mengenal pasti peluang pasaran, memperkukuh strategi pemasaran dan meningkatkan jualan secara lebih efektif.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken-new.iconcept-staging.com

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
15 Jun 2026 08:00:AM
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?